Seorang lelaki cedera parah di tangan, dada dan perut selepas dipercayai ditetak dengan pisau oleh abang kandungnya di Jalan Tanjung Bendahara, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 12.10 tengah hari daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan dua beradik berkenaan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan tetapi dipercayai, berlaku salah faham antara dua beradik sehingga menyebabkan pergaduhan yang dipercayai bermula dari bilik hadapan sebelum mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur belakang rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Mohd Rosli yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala Mohamed Rashid yang ditahan polis turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
Sementara itu, saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Acik, 16, berkata ketika kejadian beliau yang tinggal berhampiran rumah mangsa sedang berehat di rumah sebelum terdengar jeritan meminta tolong dari arah rumah mangsa kira-kira 11.30 pagi.
"Selepas terdengar jeritan meminta tolong, saya bersama ahli keluarga yang lain pergi ke rumah mangsa dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah di bahagian dapur rumah manakala abangnya yang turut cedera masih memegang senjata.
"Abang mangsa yang menyedari kehadiran kami terus ke ruang tamu dan kami mengambil kesempatan itu untuk membawa mangsa keluar sebelum menghubungi polis," katanya.
Katanya, pasangan adik-beradik yang tinggal berdua di rumah itu kerap bertengkar sebelum ini akibat salah faham dan masalah keluarga.
Bernama
Tue Jun 14 2016
Keadaan rumah yang dihuni kedua-dua beradik sewaktu pihak berkuasa tiba. - Foto Bernama
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Lelaki parah ditetak abang kandung
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.