awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah, penagih kelar leher

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
28/07/2023
03:55 MYT
Lelaki parah, penagih kelar leher
Pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian di Rantau Panjang, pada Rabu. - Gambar/ PDRM
PASIR MAS: Seorang lelaki berusia 30-an parah selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh penagih dadah di Rantau Panjang di sini, pada Rabu.
Ketua polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner, Kama Azural Mohamed berkata, mangsa sempat menaiki motosikal ke tempat kerja ibunya dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan bantuan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.
"Ibu mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu akibat pendarahan serius.
"Luka kelar di bahagian leher itu turut terkena bahagian saluran pernafasan mangsa. Mangsa kini ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZ II.
"Suspek telah ditangkap di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang Rabu malam dan direman selama tujuh hari bermula 27 Julai hingga 2 Ogos ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, suspek yang mempunyai rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah, didapati positif dadah jenis Methamphetamine ketika ditahan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#kelar leher
#Kelantan
#Pasir Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan