[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Lelaki patah kaki dihempap pokok

Abd Razak Mohd Ali 26/06/2020 | 14:28 MYT
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian. - JBPM
Seorang lelaki terpaksa menanggung sakit apabila kakinya patah akibat dihempap pokok yang sedang ditebang di kebunnya di Batu 9 dekat sini, Jumaat petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.56 petang.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menimpa kaki kiri mangsa yang berumur 47 tahun.
“Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, pada Jumaat malam.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mustafa Kamal Ismail tamat pukul 8 malam.
#hempap pokok #patah kaki #Pokok tumbang #Taiping