PUTRAJAYA: Seorang lelaki pedofilia perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan dan menghasilkan pornografi.
Ini selepas Mohammad Amir Mohd Layi, 25, menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Khamis terhadap hukuman penjara 15 tahun dan 18 sebatan bagi tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga kanak-kanak dan tiga pertuduhan menghasilkan atau membuat pornografi.
Mohammad Amir, bagaimanapun tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan amang seksual yang melibatkan mangsa kanak-kanak lain, dua pertuduhan menghasut kanak-kanak sehingga melakukan perbuatan tidak senonoh dan satu pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk M. Gunalan dan Datuk Nordin Hassan kemudiannya membatalkan rayuan Mohammad Amir.
Terdahulu, peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias yang mewakili Mohammad Amir memaklumkan kepada mahkamah hasrat anak guamnya untuk menarik balik rayuan dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari memberitahu mahkamah beliau tiada bantahan untuk penarikan semula rayuan itu.
Mohammad Amir didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada April 2018 atas tiga pertuduhan menghasilkan pornografi, 12 pertuduhan amang seksual, dua pertuduhan menghasut kanak-kanak melakukan perbuatan tidak senonoh dan satu pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak.
Dia mengaku salah melakukan semua perbuatan itu pada 10 Dis 2018 dan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 19 sebatan.
Dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 18 sebatan bagi tiga pertuduhan menghasilkan pornografi dan pertuduhan amang seksual terhadap tiga kanak-kanak berumur enam, tujuh dan lapan tahun serta masing-masing dihukum penjara satu tahun bagi kesemua pertuduhan melibatkan mangsa lain dan satu sebatan rotan, dengan hukuman berjalan serentak.
Di Mahkamah Tinggi, Mohammad Amir dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan selepas Mahkamah Tinggi pada 31 Julai 2019 membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan lain kepada penjara lima tahun dan satu sebatan rotan, dengan hukuman berjalan serentak.
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 18 sebatan bagi tiga pertuduhan menghasilkan pornografi dan tiga pertuduhan amang seksual.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Mohammad Amir menjalani hukuman penjara lima tahun itu selepas selesai hukuman penjara 15 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohammad Amir melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di daerah Marang dan Kuala Terengganu di Terengganu antara 1 Jan 2017 dan 26 Mac 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Seorang lelaki pedofilia perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan dan menghasilkan pornografi. - Gambar hiasan
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pedofilia guna media sosial 'jerat' kanak-kanak
Golongan lelaki hidung belang itu akan memujuk mangsa dengan kata-kata indah dan mengaburi mata mereka dengan hadiah.
400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos
Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas.
Lelaki pedofilia jalani hukuman penjara 20 tahun, 19 sebatan
Seorang lelaki pedofilia perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan dan menghasilkan pornografi.
PDRM terima puluhan ribu alamat IP kongsi kandungan lucah kanak-kanak
Akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.
Pemain Everton ditahan atas dakwaan salah laku seks terhadap kanak-kanak
Media melaporkan pemain berkenaan merupakan pemain utama pasukan dan sudah berkahwin.
Tiada kes pedofilia di perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan - Timbalan Menteri
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pedofilia yang didakwa berlaku di sebuah perkampungan di Negeri Sembilan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba miliknya menunjukkan suspek, Francois Camille Abello mencabul lebih daripada 300 kanak-kanak.
Nur Fitri wajar diberi peluang kedua - Pakar kriminologi
Nur Fitri Azmeer perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membuktikan dia layak diberi peluang kedua berdasarkan kepada perubahan dan kesedaran diri terhadap masa lalu.
Demi kekasih, ibu durjana tergamak biar dua anak perempuan dirogol
Nasib malang menimpa kedua-dua anak kecil itu apabila Christin bertindak menghantar video dan gambar lucah anak perempuannya itu.
Ibu cabul anak sendiri, jual rakaman video kepada pedofil
Menurut polis, secara keseluruhan, wanita itu telah memperoleh £2,500 (kira-kira RM13,000) daripada hasil jualan 30 video.