Lelaki pengsan selepas langgar tiang lampu

Sharom Abu Bakar
April 13, 2019 00:44 MYT
Mangsa ditemui dalam keadaan seperti sedang tidur sambil berdengkur. - Astro AWANI/Sharom Abu Bakar
Pengsan hampir satu jam selepas kenderaan yang dipandu merempuh tiang lampu.
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kereta jenis Perodua Kancil miliknya merempuh tiang lampu jalan di Kampung Bukit Jong, Kuala Nerus awal pagi Sabtu.
Mangsa, Khairul Anuar Husain, 41 tahun, dari Kampung Tanjung Sabtu ditemui penduduk kampung di laluan berkenaan kira kira jam 4 pagi.
Penduduk kampung yang memeriksa kenderaan berkenaan mendapati mangsa seperti sedang tidur dalam keadaan berdengkur.
Mereka kemudian berusaha mengejutkan mangsa namun gagal dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Anggota APM tiba di lokasi kira-kira jam 4.50 pagi dan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada muka dan bahagian lutut.
Keadaan mangsa ketika ditemui penduduk kampung yang kemudian dibantu anggota APM. - Astro AWANI/Shahrom Abu Bakar
Selepas dibawa masuk ke dalam ambulan, mangsa bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga sebelum dimaklumkan beliau terlibat dalam satu kemalangan.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
#APM #Kampung Tanjung Sabtu #kemalangan #Khairul Anuar Husain #pengsan #tiang lampu