awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki peras ugut selepas sengaja sebabkan kemalangan dipenjara 11 bulan

Bernama
Bernama
14/03/2024
10:03 MYT
Lelaki peras ugut selepas sengaja sebabkan kemalangan dipenjara 11 bulan
Ashroff dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara 11 bulan ke atas seorang penganggur yang tular di media sosial sengaja menyebabkan kemalangan sebelum memeras ugut bagi mendapatkan ganti rugi daripada pemilik kenderaan, tahun lepas.
Ashroff Abdul Shukoor, 41, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki terbabit sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita bahawa satu bencana akan berlaku kepadanya dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM50.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita bahawa satu bencana akan berlaku kepadanya dan meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM30.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Tembaga, Jelutong di sini, pada 15 dan 30 Nov lepas, pada 2.05 dan 2.30 petang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Majistret menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan bagi pertuduhan pertama dan 10 bulan bagi pertuduhan kedua, yang berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 10 Mac lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali meminta mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh merancang melakukan jenayah itu.
Namun tertuduh merayu agar mahkamah memberikan hukuman minimum dalam bentuk penjara kerana dia tidak bekerja dan terpaksa menanggung ibu bapa yang uzur.
Sebelum ini, gambar dan video tertuduh tular di media sosial yang menunjukkan dia sengaja mencetuskan kemalangan dan meminta wang sebagai ganti rugi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganggur dipenjara
#menyebabkan kemalangan
#memeras ugut
#mendapatkan ganti rugi
#tular di media sosial
#Ashroff Abdul Shukoor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan