"Saya mahu berjumpa mak sebelum menjalani hukuman."
Itu kata Mohd Rafi Abd Aziz, 25 tahun, selepas Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan menghentak ibunya menggunakan batang besi mesin rumput di Felda Bukit Sagu 1 pada 4 Januari lalu.
Terdahulu, pemotong rumput yang masih bujang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Selepas prosiding tamat, tertuduh memaklumkan mahu menatap wajah ibunya buat kali terakhir sebelum menjalani hukuman penjara dan menyesal dengan perbuatannya.
Dengan riak wajah sedih, Mohd Rafi berkata, dia mahu memohon maaf kepada ibunya atas tindakannya memukul wanita itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap ibunya berusia 64 tahun dengan menghentak bahagian kepala wanita itu menggunakan batang besi mesin rumput hingga menerima tiga jahitan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketika mengemukakan rayuan, tertuduh memohon hukumannya diringankan atas alasan mempunyai penyakit angin pasang dan terpaksa menanggung ibunya.
Astro Awani
Tue Jan 09 2018
Mohd Rafi Abd Aziz dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan menghentak ibunya menggunakan batang besi mesin rumput di Felda Bukit Sagu 1 pada 4 Januari lalu.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Peneroka maut terkena tembakan
Seorang peneroka maut dipercayai akibat terkena tembakan di dada dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4 di sini hari ini.
Lelaki pukul ibu kesal, mahu minta ampun sebelum jalani hukuman
Pemotong rumput yang masih bujang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.