MALAYSIA
Lelaki raih untung RM1,000 sehari jual air ketum ditahan
Operasi Op Hawk dijalankan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penjualan bahan terlarang di kawasan Temerloh. - Foto IPD Temerloh
TEMERLOH: Seorang lelaki berusia 30 tahun yang menjana pendapatan lumayan melalui penjualan air ketum akhirnya ditahan polis dalam operasi Op Hawk di Kampung Peragap, Kerdau, di sini awal pagi Jumaat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Nashim Bahrón, berkata suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi selepas pihak polis menemui sejumlah 19 bungkusan plastik berisi air ketum yang dipercayai direbus sendiri oleh suspek.
Hasil pemeriksaan mendapati setiap bungkus air ketum dijual pada harga RM10, dengan anggaran jualan harian mencecah 100 bungkus, sekali gus menjana pendapatan kasar sehingga RM1,000 sehari.
“Suspek mengaku air ketum tersebut dihasilkan sendiri dan dijual sebagai sumber pendapatan utama. Ia menunjukkan kegiatan ini mampu mendatangkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.
"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi tindakan lanjut." katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Tambah Nashim, operasi Op Hawk dijalankan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penjualan bahan terlarang di kawasan Temerloh, khususnya yang membabitkan racun dan dadah berbahaya.
Polis turut menekankan bahawa masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan haram seperti ini bagi memastikan keselamatan awam terjamin.
Kesemua barangan yang dirampas telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan suspek kini direman bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Lelaki 30 tahun ditahan polis di Kampung Peragap, Pahang dalam operasi Op Hawk atas penjualan air ketum dengan harga RM10 setiap bungkus, menjana pendapatan sehingga RM1,000 sehari.
- Suspek mengakui menghasilkan air ketum sendiri sebagai sumber pendapatan utama, menyedari keuntungan yang diperoleh secara cepat.
- Operasi polis bertujuan membanteras aktiviti pengedaran dadah berbahaya di Temerloh; masyarakat digesa untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti haram demi keselamatan awam.