NATIONAL
Lelaki Rohingya nafi lakukan sumbang mahram, amang seksual
Tertuduh dibawa anggota polis ke mahkamah pada Rabu. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Seorang lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya dua minggu lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh berusia 37 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun di kediamannya di Pengkalan Machang, Sungai Dua di sini pada 8 Mac lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya itu di lokasi sama pada 12 Mac lalu.
Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam Rafael Abdullah.
Ketika prosiding, Wan Amira membantah jaminan diberikan kepada tertuduh atas faktor hubungan lelaki itu dengan mangsa, malah kesalahan berkenaan serius kerana membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Beliau berkata, tertuduh bukan warganegara selain mangsa yang juga anak kandungnya tinggal serumah dengan tertuduh.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya dan menyatakan bahawa mereka akan mematuhi segala syarat tambahan yang diberikan mahkamah.
"Anak guam saya tidak akan pulang ke rumah atau tempat tinggal mangsa. Dia akan tinggal bersama kakak saudaranya di Jalan Baru, Perai, di sini. Selain itu, dua warga tempatan akan menjadi penjamin terhadapnya.
"Anak guam saya juga bersedia untuk melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta berjanji tidak akan mengganggu mangsa atau isterinya sepanjang tempoh perbicaraan kes ini," katanya.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM22,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta dua penjamin tempatan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berhampiran serta dilarang mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Kes akan disebut semula pada 9 Mei depan bagi serahan laporan perubatan mangsa. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan sumbang mahram dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.
- Pertuduhan melibatkan kesalahan yang dilakukan di Pengkalan Machang, Sungai Dua pada 8 dan 12 Mac lalu.
- Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM22,000 dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan semula kes.