awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rompak, bakar kedai ditahan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
25/07/2022
00:45 MYT
Lelaki rompak, bakar kedai ditahan
Keadaan suspek berusia 50 tahun itu selepas ditahan pada Ahad. - Foto PDRM
RAUB: Seorang lelaki yang disyaki merompak dan membakar kedai runcit di Felda Tersang 1, di sini Sabtu lalu ditahan polis di kawasan ladang kelapa sawit Felda Sungai Koyan, Lipis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, hasil maklumat orang awam, suspek berusia 50 tahun dan tidak bekerja berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan Balai Polis Cheroh dengan bantuan Cawangan Jenayah Berat (D9) IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada jam 7.15 malam.
"Ketika tangkapan dibuat, suspek telah bertindak agresif dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis.
"Susulan daripada itu polis turut menemukan sebuah beg warna hitam tertulis waterproof, wang tunai RM1,420, seutas gelang tangan emas berloceng, dua utas gelang tangan emas, dua unit pemetik api jenama Aladdin dan satu pemetik api jenama Cricket," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 10 rekod kesalahan dadah dan empat rekod kesalahan jenayah.
"Soal siasat awal ke atas suspek mendapati dia mengaku bertindak bersendirian melakukan rompakan hingga mendatangkan kecederaan serta khianat dengan api.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub untuk permohonan reman," katanya.
Dalam kejadian Sabtu lalu di Kedai Mara Felda Tersang 1, seorang pembantu kedai warga Indonesia dipukul, dirompak sebelum kedai di bakar.
BACA: Pekerja dipukul lelaki bertopeng sebelum kedai dibakar dalam insiden rompakan
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan Nur Hasanah, 43, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
Mangsa mengatakan antara jam 1 hingga 2 pagi, terdapat seorang lelaki bertopeng memanjat bumbung dan masuk ke dalam kedai sebelum bertindak menyerangnya dengan menggunakan sebatang besi hingga menyebabkan kecederaan.
Suspek kemudiannya melarikan wang tunai sebanyak RM1,700 yang berada di kaunter kedai dan dua utas gelang emas milik mangsa.
Mangsa diikat di tangan menggunakan pita pelekat dan melihat suspek bertindak membakar kedai. Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan.
Topic Berkaitan
#rompak
#bakar kedai runcit
#ladang kelapa sawit
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan