KAJANG: “Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah, selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin,” kata seorang lelaki yang didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Pekerja sambilan sewa kereta, Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Hafzan Ab Aziz.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama sehari, jika gagal membayar denda berkenaan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret menasihati tertuduh supaya memikirkan akibat perbuatan yang dilakukannya.
“Kalau kamu buat begitu, adakah ia akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Nurul Hafzan.
Mengikut pertuduhan, dia yang memakai baju kemeja didakwa meletakkan pelekat bendera Israel, yang mana keamanan pekerjanya mungkin terganggu, di restoran berkenaan di Batu 10, Jalan Hulu Langat di sini pada jam 4.42 petang, 29 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, semasa seorang pengadu wanita yang sedang bekerja di sebuah restoran makanan segera di sebuah stesen minyak di Hulu Langat hendak ke tandas, dia menyedari terdapat pelekat Israel ditampal pada lantai, kaki lima dan pintu masuk hadapan premis berkenaan.
Wanita itu kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusnya dan hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkenaan lalu beredar dengan menaiki sebuah kereta.
Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabilla Rosli yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman minimum dengan alasan, tertuduh mengaku kesal dengan perbuatan tersebut.
"Dia insaf dan perlu menyara isteri yang juga seorang suri rumah termasuk mentuanya yang juga seorang ibu tunggal.
"Ibunya juga mempunyai penyakit gaut sementara bapanya mempunyai penyakit jantung," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam agar dia tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.
Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, seorang lelaki akan dituduh di mahkamah, berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, terdapat dua kes yang disiasat ia dirujuk untuk mendapatkan arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Sementara itu, polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.
Menurutnya, empat kes berlaku di Sungai Buloh, dua di Kajang dan satu di Petaling Jaya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 06 2024
Tariq Hazim (kiri) didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis berhubung kes meletakkan pelekat bendera Israel, di restoran makanan segera, minggu lalu. - Foto sinar Harian
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.