Lelaki yang bertindak menampar seorang jurujual wanita di sebuah pasar mini di Bayan Lepas, di sini semalam, kerana berang tidak dibenarkan membeli lebih minyak masak paket lebih akhirnya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan memaklumkan lelaki berusia 47 tahun dari Sungai Dua, Butterworth itu ditahan di tepi jalan di Sungai Ara, Bayan Lepas kira kira jam 2 petang Khamis.
Hasil siasatan mendapati suspek yang juga seorang peniaga mengaku memukul jurujual berusia 29 tahun itu kerana tidak dapat mengawal perasaan marah.
Ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Anbalagan berkata, polis akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Balik Pulau pada Jumaat bagi membantu siasat berhubung kes berkenaan.
Dalam kejadian 8.40 pagi Rabu itu, jurujual berkenaan ditampar oleh seorang pelanggan susulan tindakannya melarang pelanggannya yang merupakan seorang lelaki yang mahu membeli 3 kilogram minyak masak paket kerana melanggar polisi jualan.
Berang dengan tindakan jurujual wanita itu, lelaki tersebut bukan sahaja bertindak memukul bahagian belakang kepala mangsa malah turut mengugut dengan perkataan 'lu jaga' sebelum beredar.
Kejadian itu yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan kemudiannya tular di media sosial.
Astro Awani
Thu Jan 10 2019
Jurujual berkenaan ditampar oleh seorang pelanggan susulan tindakannya melarang suspek membeli lebih minyak masak paket. - Sumber: Media sosial
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.
Pekerja asing maut terjatuh dari tingkat lapan
Mangsa terjatuh dari tingkat lapan semasa sedang melompat keluar dari gondola ke tingkap di tingkat yang sama.
Ejen insurans ugut bunuh pelanggan ditahan
Polis menahan seorang ejen insurans bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap pelanggannya di Bayan Lepas.
Perselisihan faham lama punca OKU disimbah air panas - Polis
Perselisihan faham lama dipercayai punca seorang wanita menyimbah seorang lelaki OKU dengan air panas dalam kejadian di dalam sebuah lif di Bayan Lepas.
[KEMAS KINI] Runtuhan gudang: Tiga maut, dua parah, empat masih tertimbus
Sembilan pekerja lain kesemuanya warga Bangladesh terselamat kerana keluar menunaikan solat semasa kejadian berlaku.
9 dikhuatiri terperangkap selepas bangunan dalam pembinaan runtuh
Sembilan individu dikhuatiri terperangkap selepas bangunan yang dalam pembinaan runtuh di Tapak Pembinaan Bangunan DHL, berhampiran LKIM di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini.
Bayi antara lima terselamat rumah penginapan terbakar
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, dua kanak-kanak berusia tiga tahun, seorang bayi dan dua wanita berusia 30-an terselamat.
PRN: Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang
Dominic Lau Hoe Chai mengakui berlaku salah faham antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, namun akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat.
PRN: Dominic bertanding di Bayan Lepas, Pas Pulau Pinang akui jentera kena sabotaj
Pas Pulau Pinang mengakui berlaku sabotaj dalam jentera parti selepas Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.
Tong gas memasak meletup, wanita melecur pada muka dan badan
Seorang wanita melecur pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang meletup.