NATIONAL
Lelaki tercampak, nyaris dipanah petir di Jasin
Pokok durian yang disambar petir dalam kejadian di Kampung Batang Melaka, semalam. - Gambar/ Sinar Harian
JASIN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila hampir dipanah petir ketika sedang menutup pintu kereta di rumah ibu mentuanya di Kampung Batang Melaka, di sini semalam.
Ringkasan AI
Mangsa Muhammad Hafizuddin Mihat, 34, berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, dia sedang berdiri memegang payung sebelum petir secara tiba-tiba menyambar sebatang pokok durian berhampiran.
"Kejadian itu menyebabkan saya terpelanting dan jatuh terduduk. Saya kebingungan seketika melihat rupa pokok durian yang dipanah petir sebelum berlari ke arah beranda rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Muhammad Hafizuddin berkata selepas itu dia terus rebah manakala kakinya seolah dicucuk jarum halus sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin dengan ambulans.
"Pemeriksaan doktor memaklumkan saya tidak mengalami kecederaan serius kecuali kedua-dua ibu jari kaki terasa seperti terkena renjatan," kata bapa kepada empat orang anak itu yang masih dirawat di hospital berkenaan.
Muhammad Hafizuddin berkata dia sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang kedua kepadanya untuk bersama keluarga setelah merasakan sangat dekat dengan kematian akibat insiden berkenaan.
--BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Muhammad Hafizuddin Mihat, hampir dipanah petir ketika menutup pintu kereta di rumah ibu mentuanya di Kampung Batang Melaka.
- Petir menyambar pokok durian berhampiran, menyebabkan beliau terpelanting dan mengalami rasa seperti dicucuk jarum di ibu jari kaki. Beliau kini dirawat di Hospital Jasin.
- Mangsa bersyukur kerana terselamat dan menganggap kejadian itu sebagai peluang kedua untuk terus bersama keluarga.