awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terkejut lihat mayat ibu bapa di dalam rumah

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
05/09/2016
02:07 MYT
Lelaki terkejut lihat mayat ibu bapa di dalam rumah
Foong Weng Hing dan isterinya Teoh Beng Lan dipercayai telah meninggal dunia sekitar seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang berbau. -Gambar fail
Seorang lelaki terkejut apabila menemukan mayat kedua ibu bapanya di dalam bilik tidur rumah mereka di Jalan Kuala, di sini, pada pagi Ahad.
Dalam kejadian itu, Foong Weng Hing, 82 tahun, dan isterinya Teoh Beng Lan, 72, dipercayai telah meninggal dunia sekitar seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan berbau busuk.
Lelaki itu yang enggan dikenali berkata dia baru sahaja pulang dari Singapura apabila terhidu bau busuk dari dalam rumah dan terus memeriksa bilik tidur ibu bapanya.
“Kedua-dua ibu bapa saya maut terlentang di atas katil mereka, dan saya lantas membuat laporan polis,” katanya yang kelihatan masih terkejut.
Katanya lagi, kedua ibu bapanya jarang keluar rumah ekoran usia mereka yang sudah lanjut.
Tambahnya, pihak perubatan masih cuba mengenal pasti punca kematian dan bedah siasat akan dijalankan pagi Isnin.
Topic Berkaitan
#Foong Weng Hing
#hidu bau busuk
#jalan kuala
#mayat kedua ibu bapa
#Teoh Beng Lan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan