awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terkejut temui bom di tanah perkuburan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/09/2019
12:24 MYT
Lelaki terkejut temui bom di tanah perkuburan
Pihak polis dimaklumkan penemuan itu oleh lelaki berkenaan pada jam 2.25 petang. - Foto ihsan polis
Seorang lelaki terkejut apabila menemui sebuah objek yang dipercayai bom di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh lelaki berkenaan pada jam 2.25 petang.
“Lelaki itu menemui objek dipercayai bom ketika sedang membetulkan lubang kubur untuk kebumikan satu jenazah di tanah perkuburan tersebut dan seterusnya menghubungi polis.
“Setibanya polis di lokasi, objek tersebut (didapati) merupakan sejenis bom Mortar 81mm dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata kawasan tersebut ditutup daripada orang awam buat sementara waktu oleh pihak polis atas faktor keselamatan.
“Pada 6.10 petang, Unit Pemusnah Bom telah berjaya meletupkan bom tersebut dalam keadaan selamat dan terkawal serta tiada insiden tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#bom Mortar 81mm
#jumpa bom di tanah perkuburan
#Polis Daerah Ampang Jaya
#tanah perkuburan
#Tanah Perkuburan Ukay Perdana
#Unit Pemusnah Bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan