Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud melibatkan kerugian kira-kira RM260,000.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan di hadapan sebuah bank di Waterfront Port Dickson pada Isnin lepas kira-kira pukul 11.30 malam.
"Hasil tangkapan itu telah membawa kepada rampasan 12 keping kad ATM pelbagai bank, telefon bimbit serta wang tunai RM8,000.
"Hasil semakan kesemua kad ATM tersebut mendapati akaun-akaun bank tersebut bukan milik suspek," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Tambahnya modus operandi yang dijalankan suspek adalah dengan menggunakan akaun bukan miliknya untuk mangsa membuat pindahan wang yang kononnya sebagai pendahuluan dan yuran sebelum mangsa mendapat wang keseluruhan yang ingin dipinjam.
"Apabila mangsa telah masukkan wang pendahuluan dan yuran-yuran yang diminta suspek, suspek kemudiannya menghilangkan diri. Setakat ini suspek dipercayai terlibat dengan 15 kes di seluruh negara dengan nilai kerugian kira-kira RM260,000," katanya.
Aidi Sham berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada suspek melakukan jenayah itu bersama ahli sindiket lain.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam perkembangan lain, polis berjaya memberkas tiga lelaki satu jam selepas menyamun pemilik sebuah kedai runcit pada 17 Nov lepas, melibatkan kerugian RM860.
Aidi Sham berkata dalam kejadian pukul 10.20 pagi di Kuala Lukut itu, mangsa telah disamun oleh suspek yang bersenjatakan parang dan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Mangsa kemudiannya telah membuat laporan dan kira-kira pukul 11.30 pagi dan suspek yang dalam perjalanan ke Sepang, Selangor berjaya diberkas. Kesemua suspek berusia 17 hingga 22 tahun itu di berkas bersama sebilah parang dan sejumlah wang disyaki hasil samun.
"Hasil soal siasat suspek mengakui terlibat kes samun di Nilai dan Kajang, Selangor dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang tidak wujud melibatkan kerugian kira-kira RM260,000. -Gambar hiasan
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.
Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.
24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.
Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.