awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tersepit di dahan pokok machang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/12/2020
08:12 MYT
Lelaki tersepit di dahan pokok machang
Anggota bomba terpaksa menggunakan khidmat kren untuk membawa turun mangsa kerana kedudukan pokok yang terlalu tinggi.
BUKIT MERTAJAM:Seorang lelaki yang sedang menebang pokok machang terpaksa diturunkan dengan bantuan kren selepas kakinya tersepit pada dahan pokok itu dalam kejadian Kampung Tun Sardon, di sini.
Detik cemas itu berlaku ketika lelaki berusia 53 tahun itu sedang melakukan kerja kerja menebang dahan pokok pada ketinggian sembilan meter pada pukul 11.43 pagi Ahad.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Mohd. Azam Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.
“Sebaik tiba pihaknya mendapati lelaki itu tersepit pada ketinggian kira-kira sembilan meter dan pihaknya terpaksa menggunakan khidmat kren kerana kedudukan pokok yang terlalu tinggi.
“Dia tersangkut pada bahagian kaki di celah dahan ketika melakukan kerja menebang pokok machang tersebut,” katanya.
Topic Berkaitan
#Lelaki tersepit
#dahan pokok machang
#sembilan meter
#bantuan kren
#Kampung Tun Sardon
#Penanti
#Bukit Mertajam
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan