awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tersepit, pemandu bas langgar belakang lori

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
09/08/2023
23:45 MYT
Lelaki tersepit, pemandu bas langgar belakang lori
Pemandu bas, Muhammad Alwan Harun, tersepit selepas kenderaan yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di KM231 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara awal pagi ini. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Seorang lelaki tersepit selepas bas yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori di KM231 arah utara di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) awal pagi tadi.
Pemandu bas berkenaan dikenali sebagai Muhammad Alwan Harun, 33 tahun, cedera pada bahagian muka sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 pagi.
Sejurus itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak ke lokasi bagi kerja-kerja menyelamat mangsa.
Menurut beliau, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang pemandu bas tersepit, bagaimanapun tiada penumpang lain berada di dalam kenderaan itu ketika kemalangan berlaku.
“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan sejurus berjaya dibawa keluar daripada bangkai kenderaan itu,” katanya.
Ujarnya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Ariff Fadlee Yaacob itu tamat pada jam 6.25 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lelaki tersepit
#bas langgar lori
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan