awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tetak mati ibu kandung didakwa

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2016
06:01 MYT
Lelaki tetak mati ibu kandung didakwa
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir di Mahkamah Majistret, Ampang hari ini. - Foto Astro AWANI
Penganggur yang sebelum ini dilaporkan menetak ibunya sehingga mati akibat pengaruh dadah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Dia dituduh membunuh wanita itu di kediaman mereka di Menara Jade, Bukit Indah, awal Oktober ini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu itu yang pada mulanya hanya menundukkan kepala di dalam kandang mahkamah, kemudian berkata: “Saya faham, tapi saya tiada niat, encik”.
Mengikut pertuduhan, dia yang juga anak tunggal itu didakwa membunuh Halimaton Katan, 49, Blok B, Menara Jade, Bukit Indah, antara 3 hingga 4 pagi pada 4 Oktober lalu.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#anak tetak ibu
#kes bunuh
#kes mahkamah
#Rahmat Shahir
#tetak ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan