awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tidak mengaku salah lawan arus sebabkan penunggang Ducati maut

Sinar Harian
Sinar Harian
10/07/2023
06:14 MYT
Lelaki tidak mengaku salah lawan arus sebabkan penunggang Ducati maut
Mudzyadaha (kiri) ketika diiringi polis di lobi mahkamah. Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top. -Sinar Harian
AMPANG: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Ducati, bulan lalu.
Mudzyadaha Mohammad, 42, yang juga pemandu lori membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penunggang motosikal telah menunggang kenderaan itu secara melawan arus jalan telah menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.
Kesalahan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) di sini, pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Seksyen itu turut memperuntukkan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian, hilang kelayakan selama 10 tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal Ducati
#Lebuhraya SUKE
#suspek dituduh
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan