MALAYSIA
Lelaki tikam isteri direman enam hari
Suspek berusia 63 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di Tanah Merah pada jam 9.25 pagi ini dengan memakai baju lokap berwarna ungu. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Lelaki tikam isteri sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini semalam direman selama enam hari sehingga Ahad ini.
Ringkasan AI
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Warga emas berusia 63 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.25 pagi memakai baju lokap berwarna ungu.
Suspek yang kelihatan tenang itu memakai cermin mata dan menaiki kenderaan polis.
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang isteri maut ditikam suaminya dipercayai menggunakan sebilah pisau di kediaman mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mastura Abdullah, 40, yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian belakang badan.
Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 petang.
Pasangan tersebut sudah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, HTM untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan jam 7 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku hari ini. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Lelaki yang didakwa tikam isteri hingga maut di Kampung Paku, Gual Ipoh direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Mangsa, Mastura Abdullah, berusia 40 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian belakang badan.
- Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai dua anak berusia 10 dan 12 tahun ini mengebumikan mayat mangsa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku selepas bedah siasat di Unit Forensik, HTM.