MALAYSIA
Lelaki tikam nenek hingga maut, moyang cedera parah di Baling
Pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah ketika menjalankan pemeriksaan terperinci di rumah mangsa. - Astro AWANI
BALING: Seorang wanita warga emas maut manakala ibunya cedera parah selepas ditikam dan ditetak oleh seorang lelaki dalam kejadian tragis di Kampung Baru Bakai, dekat sini, lewat petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang dan kedua-dua mangsa ditemui di dalam rumah mereka.
“Sebaik tiba di lokasi, polis menemui seorang wanita berusia lingkungan 60-an telah meninggal dunia akibat tikaman di bahagian belakang badan.
"Seorang lagi mangsa, berusia sekitar 80-an, mengalami kecederaan parah akibat tetakan di belakang leher,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian awal pagi Rabu.
Jelasnya, suspek berusia 21 tahun itu dipercayai mengamuk sebelum menyerang kedua-dua mangsa dengan senjata tajam sebelum berjaya ditahan penduduk kampung dan dibawa ke balai polis pada jam 7.50 malam tadi.
"Suspek adalah seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual disyaki mengamuk dan menyerang mangsa dengan senjata tajam dan kita telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati suspek merupakan cucu kepada mangsa berusia 65 tahun yang meninggal dunia manakala mangsa yang cedera pula berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati," katanya ketila dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Brandon berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mengaku menikam nenek serta menetak moyangnya.
Menurut beliau, seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan direman di Mahkamah Baling pada pagi Rabu.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.