awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tular maki, ludah pekerja pasar mini dikompaun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/12/2020
04:43 MYT
Lelaki tular maki, ludah pekerja pasar mini dikompaun
Pada Selasa, tular di media sosial seorang lelaki dilihat memaki dan meludah seorang pekerja pasar mini apabila ditegur tidak memakai pelitup muka. - Foto media sosial
IPOH:Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana memaki dan meludah seorang pekerja pasar mini di Lahat, dekat sini, telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 20 tahun itu diberkas kira-kira jam 8.45 malam tadi, bagi membantu siasatan.
Menurutnya, tangkapan itu ekoran laporan seorang pekerja pasar mini pada petang Selasa berkaitan kejadian seorang lelaki yang melanggar SOP kira-kira jam 8.40 malam Isnin.
“Apabila ditegur, lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata makian serta meludah pengadu. Pergaduhan hampir tercetus namun sempat dihalang oleh pekerja yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Selasa, tular di media sosial seorang lelaki memaki hamun dan meludah seorang pekerja pasar mini apabila ditegur tidak memakai pelitup muka.
Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pekerja lain dan ditularkan di media sosial.
A. Asmadi berkata, Bahagian Siasatan Jenayah telah melakukan siasatan dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.
“Tangkapan memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan tangkapan mengaku dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu berlaku,” ujarnya.
Menurutnya, kes itu dianggap selesai dan orang ramai diminta tidak menularkan lagi video rakaman tersebut, kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat keharmonian.
Topic Berkaitan
#maki
#ludah
#Pekerja
#pasar mini
#Lahat
#Ipoh
#polis
#memaki hamun
#memaki
#meludah
#langgar SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan