Lelaki tular pukul anak tiri serah diri, direman 3 hari

Sinar Harian
Mac 12, 2022 15:07 MYT
Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu. - Gambar Sinar Harian/media sosial
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek hadir ke IPD Shah Alam sekitar jam 12.30 tengah malam dan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah.
"Suspek direman tiga hari mulai Sabtu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis sedang memburu suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.
Laporan dibuat oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berumur lima tahun tersebut pada 11 Mac lalu.
Ibu mangsa mendakwa anak lelakinya itu dipukul oleh suami baharunya yang juga bapa tiri kepada mangsa.
Artikel asal di Sinar Harian
#tampar anak tiri #Tular #pukul anak tiri #IPD Shah Alam #serah diri #reman