awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tular terbaring di tepi jalan dipercayai dipukul, disamun

Bernama
Bernama
09/05/2022
15:56 MYT
Lelaki tular terbaring di tepi jalan dipercayai dipukul, disamun
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata isteri lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian, dan lelaki itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras. - Foto Sinar Harian/PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dijumpai terbaring di tepi jalan di Taman Tenaga, Cheras dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan klip video keadaannya itu tular di media sosial hari ini, dipercayai telah dipukul dan disamun.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata isteri lelaki itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian, dan lelaki itu kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, di sini.
"Berdasarkan siasatan awal kita percaya lelaki itu dipukul dan disamun oleh dua lelaki warganegara tempatan, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata polis percaya dua lelaki dilihat menaiki motosikal, yang dipaparkan dalam rakaman video yang tular itu, adalah suspek utama kejadian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan. Sekiranya terdapat sebarang maklumat, sila hubungi Hotline Polis Cheras dengan menelefon 03-9284 5050/ 5051, atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tular
#lelaki terbaring
#dipukul
#disamun
#Taman Tenaga
#Cheras
#Polis Daerah Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan