awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2021
00:34 MYT
Lelaki tunjuk kemaluan dekat LRT ditahan
Suspek telah membuka seluar serta mengeluarkan kemaluannya dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21 di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menahan suspek susulan laporan dibuat oleh seorang wanita pada jam 12.54 tengah hari di Balai Polis USJ 8.
"Mangsa mendakwa ketika dia berada di lokasi kejadian, suspek telah datang lalu membuka seluar serta mengeluarkan kemaluannya dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Abd Khalid berkata, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.
"Orang ramai dinasihati supaya mematuhi undang-undang dan tidak berkelakuan melampaui batas.
"Kita turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#PDRM
#LRT
#kemaluan
#Abd Khalid Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan