NATIONAL

Lelaki ugut penguat kuasa DBKL didakwa esok

Bernama 18/05/2025 | 09:35 MYT
Rusdi berkata, lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan Seksyen 505(b) (kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan awam) Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui media sosial susulan insiden membabitkan seorang peniaga belon Mac lepas, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur kerana mengugut anggota penguat kuasa DBKL melalui media sosial, berkaitan insiden peniaga belon pada Mac lalu.
  • Lelaki itu akan dituduh di bawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan Seksyen 505(b) (kenyataan yang boleh mendatangkan ketakutan awam) Kanun Keseksaan.
  • Kekecohan berlaku pada 28 Mac di Jalan Tuanku Abdul Rahman semasa serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen, yang membawa kepada penyebaran gambar pegawai DBKL bersama ugutan di Facebook.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

"Kes ini melibatkan ugutan yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook terhadap pihak penguat kuasa," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat "PPR Bestari" di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini pada 28 Mac lepas apabila serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen bertukar menjadi pergaduhan.

Berikutan itu, polis menerima tiga laporan termasuk daripada seorang pegawai DBKL berhubung penyebaran gambarnya menerusi Facebook yang disertai dengan kenyataan berunsur ancaman.

-- BERNAMA


#Abang Belon #DBKL #kes ugut #media sosial