awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/07/2024
02:50 MYT
Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa diliwat seorang lelaki tempatan di sebuah kondominium pada 4 Julai lalu menarik balik aduannya.
Justeru, suspek berusia 37 tahun yang ditahan reman sebelum ini dibebaskan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya berbuat demikian kerana kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
"Kita dapat arahan daripada pendakwaan untuk NFA memandangkan pengadu telah menarik balik aduannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga asing, yang menerima pelawaan kenalan baharu yang dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah, diliwat di sebuah kondominium, di sini, pada 4 Julai lalu.
Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.
Suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mencabul dan meliwat mangsa sebaik tiba di rumah berkenaan.
Mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.
Ekoran itu, polis menahan suspek warga tempatan itu di Ipoh, Perak pada 12 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#liwat
#warga asing
#tarik balik laporan
#suspek bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan