awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing ditahan dipercayai terlibat seluk saku di KLIA Terminal 1

Bernama
Bernama
21/07/2024
14:34 MYT
Lelaki warga asing ditahan dipercayai terlibat seluk saku di KLIA Terminal 1
Azman berkata lelaki berusia lingkungan 50-an yang memegang pas lawatan melebihi tempoh dibenarkan itu kini direman hingga Selasa ini. - Gambar hiasan/Unsplash
PUTRAJAYA: Polis menahan seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA Terminal 1) semalam.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata lelaki berusia lingkungan 50-an yang memegang pas lawatan melebihi tempoh dibenarkan itu kini direman hingga Selasa ini.
Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
"Polis menerima laporan daripada pengadu pada 2.04 pagi semalam memaklumkan kejadian (seluk saku) telah berlaku pada 19 Julai (Sabtu) kira-kira 9.45 malam.
"Dalam kejadian itu, individu yang ditahan bertindak melarikan diri apabila dikejar orang awam kerana dipercayai mencuri dompet milik orang awam yang berada di Terminal KLIA 1 dan berjaya ditahan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azman berkata siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa berkaitan penglibatan individu itu dalam jenayah seluk saku serta lain-lain jenayah.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Fadzil Zulkifli menerusi talian 011-271 2165.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#warga asing
#orang awam
#seluk saku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan