MALAYSIA
Lelaki warga asing maut ditikam, lima rakan senegara ditahan

Kesemua lelaki Indonesia yang berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan sekitar Paloh kira-kira 1 pagi tadi. - Gambar hiasan
KLUANG: Polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditikam di ladang sawit New Paloh, di sini semalam.
Ringkasan AI
- Penahanan lima warga asing: Polis menahan lima lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut akibat tikaman di dada kiri.
- Tiada rekod jenayah atau pengaruh dadah: Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah, dan ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan negatif.
- Siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan: Kes ini disiasat sebagai kes bunuh, dan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang dan anggota Balai Polis Paloh menahan lima suspek di sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan mendapati kesemua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing ke atas mereka adalah negatif.
Bahrin berkata kelima-lima suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan punca kejadian masih dalam siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7766822," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami