SERDANG: Polis sedang mengesan lelaki warga asing didakwa memukau seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan sekeping wang RM100 tanpa dipaksa di sebuah klinik haiwan di Seri Kembangan, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu klinik pada Selasa.
"Mangsa mendakwa pada jam 5.48 petang telah datang seorang lelaki disyaki warga asing memakai pelitup muka telah mengambil makanan kucing berharga RM11.
"Semasa membuat pembayaran suspek menunjukkan sekeping wang RM100 lalu berkata dia tiada wang kecil dan seolah-olah dipukau mangsa memberikan sekeping wang RM100 kepada suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Anbalangan berkata, mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.
Katanya, semakan mendapati tiada kejadian sebelum ini berlaku menggunakan modus operandi sama dilaporkan dalam daerah Serdang.
"Jumlah kerugian kes ini sebanyak RM111 dan jika ada mangsa lain pihak polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat.
"Sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek seperti dlm gambar boleh hubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau mana-mana balai polis berdekatan," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 28 2022
Polis sedang mengesan lelaki warga asing yang didakwa menggunakan ilmu pukau untuk mengambil wang dari mangsa. -Foto Sinar Harian
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Suspek pukau di Perlis dikehendaki polis negeri lain
Polis telah melengkapkan kertas siasatan ke atas tiga lelaki yang ditahan sejak 3 Jun lalu kerana disyaki menipu seorang suri rumah membabitkan barang kemas bernilai RM19,000 dengan cara memukau.
Polis tahan tiga lelaki pukau mangsa larikan barang kemas bernilai RM19,000
Polis berjaya mengesan suspek dengan bantuan orang awam yang ternampak suspek menaiki kenderaan jenis Proton Saga FLX.
Lelaki warga asing 'pukau' wanita curi wang, makanan kucing
Mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.
Keluarga di Bandar Tasik Puteri cemas, barang lesap selepas terkena 'pukau tahi'
Sebuah keluarga di taman perumahan Bandar Tasik Puteri Rawang kerugian ribuan ringgit selepas kediaman mereka dipecah masuk pada awal pagi Jumaat.
Bau tengik bawah rumah mangsa 'orang minyak'
Sekumpulan penduduk yang berkawal di sekitar rumah mangsa serangan didakwa orang minyak di Kampung Pengkalan Demit, semalam, terhidu bau tengik hingga mereka terbatuk-batuk.
Gara-gara terpukau batu permata 'berkhasiat', pesara dakwa lesap RM25,000
Akibat mudah percaya orang lain, seorang pesara guru kerugian wang simpanan sebanyak RM25,000 di Pekan, pada Selasa.
Akauntan rugi RM500,000 ditipu sindiket 'Macau scam'
Mangsa Lim Lye Bee, 53, berkata beliau menerima mesej menerusi telefon bimbitnya daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan kad kreditnya digunakan di sebuah kedai barang kemas.