awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing rogol, samun nenek 71 tahun direman tujuh hari

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/09/2024
05:20 MYT
Lelaki warga asing rogol, samun nenek 71 tahun direman tujuh hari
Menurut polis, perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Sepang pada Sabtu. -Gambar fail/PDRM
SEPANG: Seorang pembantu kedai makan yang dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di tangga berhampiran lif sebuah apartmen di Cyberjaya, di sini, direman tujuh hari.

Ringkasan AI
  • Seorang pembantu kedai makan direman tujuh hari kerana dipercayai merogol dan menyamun seorang nenek berusia 71 tahun di Cyberjaya.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan untuk merogol, serta penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat untuk menyamun.
  • Polis menerima laporan daripada mangsa dan menahan seorang warga asing berusia 25 tahun, serta merampas telefon pintar dan barang kemas milik mangsa yang dipercayai disamun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Sepang pada Sabtu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.
Lelaki itu juga disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 12.08 tengah malam Jumaat.
Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di Cyberjaya dan menahan seorang warga asing yang berusia 25 tahun.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas telefon pintar dan barang kemas milik mangsa yang dipercayai disamun suspek.
Topic Berkaitan
#rogol nenek
#perintah reman
#Mahkamah Majistret
#samun nenek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan