awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing serang polis guna pisau mati ditembak

Hakim Rahman
Hakim Rahman
03/04/2017
10:52 MYT
Lelaki warga asing serang polis guna pisau mati ditembak
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 30-an bertindak demikian selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain ketika suspek tiada di rumah.
Polis menembak mati seorang lelaki warga Filipina selepas suspek menyerang anggota polis ketika cuba ditenangkan selepas dia menikam isterinya dalam kejadian di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Sabah petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek berusia 30-an bertindak demikian selepas mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain ketika suspek tiada di rumah.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra memaklumkan, anggota Balai Polis Pulau Gaya menerima maklumat suspek menikam isterinya yang berusia 27 tahun di perut dalam pertengkaran di rumah mereka sebelum mangsa dihantar ke hospital oleh jiran.
Lapan anggota polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bagi memujuk suspek yang masih memegang pisau untuk menyerah diri, namun lelaki terbabit mengugut untuk mencederakan polis dan dirinya sendiri jika didekati.
“Anggota polis terpaksa mengundurkan diri untuk menggelakkan kecederaan apabila dikejar oleh suspek dengan bersenjatakan sebilah pisau dan melibas pisau kearahnya beberapa kali serta mengeluarkan kata-kata ugutan “aku bunuh kau”.
“Anggota polis tersebut telah terjatuh ke dalam laut dalam usaha menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, M. Chandra berkata suspek kemudiannya bertindak terjun ke dalam laut dengan pisau di tangan kanannya dan terus mengejar serta cuba menyerang anggota polis dari belakang.
“Bagi menyelamatkan nyawa, rakan sekerja anggota polis terbabit telah melepaskan satu das tembakan ke arah suspek sebelum lelaki itu rebah akibat kecederaan dibelakang badan.
“Suspek kemudiannya dibawa menaiki bot untuk dikejarkan ke hospital, namun ketika tiba di Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM), pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 mengesahkan suspek telah meninggal dunia,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, M. Chandra berkata keadaan isteri mangsa dilaporkan stabil dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur berukuran 12 inci dan gunting di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#Kampung Pondo
#polis
#Pulau Gaya
#tembak mati
#warga filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan