[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
NATIONAL

Lelaki warga Bangladesh didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Bernama 29/05/2025 | 07:46 MYT
Sohanur Rahman Anik didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa 15 tahun di lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Sentul. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di lif sebuah apartmen, minggu lepas.


Ringkasan AI
  • Pertuduhan terhadap warga Bangladesh: Seorang lelaki warga Bangladesh, Sohanur Rahman Anik, didakwa atas kesalahan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di lif sebuah apartmen di Sentul pada 21 Mei 2025.
  • Hukuman dan prosiding mahkamah Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
  • Keputusan mahkamah: Hakim tidak membenarkan jaminan kerana tertuduh tidak mempunyai pengenalan diri, dan menetapkan 8 Julai 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sohanur Rahman Anik, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa 15 tahun semasa kejadian, bagi tujuan seksual di dalam dan luar lif sebuah unit apartmen di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Sentul di sini pada 10.39 malam, 21 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias, tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh merupakan seorang warga Bangladesh dan tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Hakim Mohd Kafli Che Ali tidak membenarkan Sohanur diikat jaminan dan menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA




#warga Bangladesh #amang seksual #lift apartment #Sentul