awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Bangladesh maut, jatuh lubang lif

Bernama
Bernama
24/12/2018
20:55 MYT
Lelaki warga Bangladesh maut, jatuh lubang lif
Pemeriksaan lanjut mendapati ruangan lif tersebut masih dalam pembinaan dan terdapat lif sementara berada di luar pangsapuri yang mempunyai 35 tingkat itu untuk kegunaan pekerja. - Foto ihsan JBPM
Seorang buruh warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam lubang lif dari tingkat tiga sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, di Seri Manjung di sini pada Isnin.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung Zabudin Mat Rose berkata mangsa berumur 32 tahun itu ditemui tidak bergerak dan dalam keadaan terlentang di dalam lubang di tingkat paling bawah pangsapuri berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.40 petang sebelum lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian.
"Menurut rakan mangsa, mangsa terjatuh dari tingkat tiga dan mayatnya berada di dalam sebuah lubang kira-kira tiga meter dari tingkat paling bawah pangsapuri.
"Kita kemudiannya mengeluarkan mangsa menggunakan tali sebelum lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi.
Zabudin berkata pemeriksaan lanjut mendapati ruangan lif tersebut masih dalam pembinaan dan terdapat lif sementara berada di luar pangsapuri yang mempunyai 35 tingkat itu untuk kegunaan pekerja.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.17 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#dalam pembinaan
#jatuh lif
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#pangsapuri
#polis
#Seri Manjung
#Zabudin Mat Rose
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan