awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan

Bernama
Bernama
27/11/2022
10:18 MYT
Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan
Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada kira-kira 12.40 tengah hari.
Beliau berkata pengerusi komuniti penduduk telah cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Vijaya Rao berkata suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara... tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada yang dikesan melakukan perbuatan sebegini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga Bangaladesh
#ditahan
#Jalur Gemilang terbalik
#Polis Daerah Klang Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan