Skip to main content

Malaysia

Lelaki warga China dikhuatiri lemas di Langkawi

JBPM
- Foto JBPM

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga China dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi semalam.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 8.43 malam.

Advertisement

“Maklumat awal yang diterima memaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu sedang mandi bersama-sama anak lelakinya di kawasan pantai sebelum anaknya menyedari bahawa ayahnya telah hilang dari pandangan… anaknya hanya menemukan topi milik mangsa yang terapung di permukaan air.

“Anak mangsa telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak hotel sebelum pihak hotel menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, yang kemudian menghubungi bomba untuk membantu melaksanakan operasi mencari dan menyelamat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang tiba di lokasi 15 minit kemudian telah melaksanakan penilaian situasi serta memulakan operasi pencarian di permukaan air di sekitar kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Operasi dijalankan dengan pemantauan secara berterusan terhadap keadaan ombak, arus serta keselamatan anggota yang bertugas... setakat ini, mangsa belum ditemukan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video