MALAYSIA

Lelaki warga emas didakwa hantar komunikasi jelik terhadap Agong

Bernama 04/07/2025 | 07:20 MYT
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan
SEPANG: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook miliknya pada Februari lepas.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berumur 61 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui Facebook pada Februari lalu.
  • Tiada pertuduhan dibacakan kerana tertuduh mengalami masalah kesihatan dan pendengaran; hakim membenarkan penilaian psikiatri dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Ogos.
  • Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan dibacakan terhadap lelaki berumur 61 tahun itu memandangkan dia mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.

Hakim Ahmad Fuad Othman membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri sebelum sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Ogos depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab bersama Pegawai Pendakwa MCMC Mohamad Azmir Mohd Razali.

Pada 20 Jun lepas, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sebanyak dua kali.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


#Yang di-Pertuan Agong #warga emas #komunikasi jelik #MCMC