awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta

Bernama
Bernama
09/12/2024
13:45 MYT
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhi hukuman tersebut ke atas Ng Heng Cye dan memerintahkan lelaki itu dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhi hukuman tersebut ke atas Ng Heng Cye, 68, dan memerintahkan lelaki itu dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.
Ng didakwa memukul Leong Chee Liang, 42, sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata sebelah kanan, leher, lutut kanan dan tangan sebelah kanan di tepi Jalan Perisa 1, Brickfields pada 7.34 pagi 25 Okt lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pergaduhan berlaku apabila mangsa telah mengambil dua kotak parkir menyebabkan tertuduh keluar dari kereta dan meminta Leong mengalihkan kenderaannya.
Bagaimanapun, Leong marah dan berlaku perbalahan kecil antara mereka yang berakhir dengan Ng memukul mangsa.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala peguam Syazwani Mohd Zawawi, yang mewakil Ng, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya adalah warga emas dan tidak bekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#warga emas
#tempat letak kereta
#hukuman maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan