Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Aida Aziz
Julai 29, 2021 05:07 MYT
Mangsa yang berusia 60 tahun itu dipercayai terjatuh dari bot ketika memancing seorang diri di sungai tersebut. - Gambar hiasan
TELUK INTAN: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh dari bot di Sungai Perak berdekatan jeti Pokok Asam, Jalan Pasar di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa yang berusia 60 tahun itu terjatuh dari bot ketika memancing seorang diri di sungai tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.43 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat kes lemas di jeti Pokok Asam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, operasi pencarian sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa.
#lemas #warga eas #jatuh bot #sungai perak #Pokok Asam #jala pasar #JBPM #bomba #peyelamat #Teluk Intan