Skip to main content

Malaysia

Lelaki warga emas ditahan bantu siasatan kes ugut

61770189851_HandcuffGari.jpg
Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. - Gambar hiasan
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes membuat ugutan di hadapan sebuah bank di Seri Manjung, Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata lelaki berusia 71 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi di rumahnya di daerah berkenaan.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Mercedes-Benz dan sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Polis menerima maklumat awam berhubung kejadian itu selepas satu video berdurasi 12 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular melalui media sosial.

“Pihak polis sedang mengenal pasti motif menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement