MALAYSIA
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas HSJ memaklumkan lelaki tanpa pengenalan diri itu yang berusia linkungan 60-an telah meninggal dunia.
BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas yang juga gelandangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini akibat dipukul di Medan Selera di Kampung Jawa semalam.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas HSJ memaklumkan lelaki tanpa pengenalan diri itu yang berusia linkungan 60-an telah meninggal dunia.
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah gelandangan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri, dia telah dihantar ke HSJ pada 2.47 pagi semalam oleh ambulans dan kemudian menerima rawatan di wad sebelum disahkan meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan penyakit jantung koronori dan mangsa juga mengalami patah tulang rusuk di bahagian sebelah kiri badan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata polis telah menahan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian itu yang ujian air kencing mendapati positif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan kecederaan parah.
Anuar berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan kes ASP Hasryman Osman di talian 04576 2222 (samb: 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki gelandangan warga emas meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya akibat dipukul di Medan Selera Kampung Jawa.
- Polis telah menahan seorang lelaki suspek yang ujian dadahnya positif, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
- Orang ramai diminta memberi maklumat kepada polis jika ada sebarang info mengenai kes tersebut untuk membantu siasatan.