[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
MALAYSIA

Lelaki warga emas parah akibat tersepit, kemalangan tiga kereta

Sinar Harian 15/11/2025 | 05:00 MYT
Bomba mengeluarkan mangsa tersepit akibat kemalangan melibatkan tiga kereta pada Sabtu. - Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang lelaki warga emas cedera parah manakala dua individu lagi mengalami cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran susur Saujana Utama di sini pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas cedera parah dan dua individu lain cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Saujana Utama.
  • Pihak Bomba Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi dan tiba di lokasi dalam masa 10 minit.
  • Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 8.20 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 8 30 pagi mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia, Perodua Bezza dan sebuah Volkswagen.

"Kita mendapati pemandu kereta Perodua Axia iaitu lelaki berusia 61 tahun tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah.

"Dua lagi mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. -- Sinar Harian






#warga emas #tersepit #kemalangan #Saujana Utama