awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/02/2021
13:35 MYT
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini. - Foto JBPM
IPOH:Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, identiti mangsa yang dianggarkan berusia 70-an itu belum dikenal pasti.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.55 petang.
Menurutnya, dua jentera bersama 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian apabila mendapat maklumat awal mengenai kebakaran lalang.
"Pada mulanya, pihak bomba menerima maklumat kebakaran lalang namun mendapati kejadian turut melibatkan kebakaran sebuah pondok.
"Operasi pemadaman segera dijalankan sebelum anggota menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung di bawah timbunan zink," katanya.
Menurut beliau, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengawal kebakaran.
Katanya, mayat mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Topic Berkaitan
#lelaki warga emas
#rentung dalam kebakaran
#pondok
#kebun jambu batu
#Tambun
#JBPM Perak
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan