MALAYSIA
Lelaki warga India mengaku cuba seludup 2,578 kura-kura di KLIA
Tertuduh didakwa cuba untuk mengeksport 2,578 ekor kura-kura tersebut di Gate G8, KLIA Terminal 1, di sini, pada 10.05 malam, 5 Ogos lepas. - Gambar hiasan
SEPANG: Seorang lelaki warga India mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menyeludup 2,578 ekor kura-kura telinga merah (Trachemys scripta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1), pada Selasa lepas.
Ringkasan AI
Pertuduhan terhadap Sathaiyan Alagusundaram dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman yang kemudiannya menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan semula kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam pada prosiding hari ni.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes memandangkan laporan rasmi berkaitan kes itu masih belum lengkap.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba untuk mengeksport 2,578 ekor kura-kura tersebut yang merupakan spesies yang dikawal di bawah Jadual Kelima, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) di Gate G8, KLIA Terminal 1, di sini, pada 10.05 malam, 5 Ogos lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 117 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 117(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semalam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan bahawa lelaki itu yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India, ditahan di pintu pelepasan selepas imbasan ke atas beg yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.
Pemeriksaan lanjut menemukan ribuan kura-kura yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga India, Sathaiyan Alagusundaram, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba menyeludup 2,578 ekor kura-kura telinga merah di KLIA Terminal 1 pada 5 Ogos lalu.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 117(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
- Mahkamah menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan rasmi, dan tertuduh tidak dibenarkan jamin serta tidak diwakili peguam dalam prosiding.