awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel

Bernama
Bernama
10/11/2023
08:44 MYT
Lelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel
Seorang lelaki warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bilik sebuah hotel di ibu negara semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bilik sebuah hotel di ibu negara semalam.
Oday Bahbouh, 29, didakwa melakukan khianat dengan menyalakan api pada kertas sehingga menyebabkan kebakaran dan kerosakan harta benda iaitu dua almari kayu, tilam, lantai, pintu, langsir dan tandas melibatkan kerugian RM10,000.
Bahbouh, seorang penganggur dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Metro Pudu 2 Fraser Business Park, Wangsa Maju di sini pada 10.30 pagi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip menawarkan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan mengambil kira nilai kerugian RM10,000 manakala Bahbouh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan.
Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga Syria
#bakar bilik hotel
#Oday Bahbouh
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan