Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.
“TD juga telah menghubungi Tentera Darat Thailand melalui Jawatankuasa Am Sempadan Bersama untuk menyiasat dan bertukar-tukar maklumat berhubung kejadian ini,” kata Panglima TDM, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor dalam satu sesi sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.
Selain itu, katanya lembaga itu turut akan bertindak menilai prosedur operasi standard (SOP) berhubung pelaksanaan operasi di kawasan sempadan yang terbabit.
Menurutnya, tembakan tersebut dipercayai dilepaskan dari perbatasan sebelah Thailand oleh penjenayah rentas sempadan dan berkemungkinan dari kumpulan penyeludupan haram.
Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan bahawa insiden tersebut melibatkan mana-mana kumpulan militan.
“Sehingga kini kes masih dalam siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, dan kenyataan telah diambil dari anggota-anggota yang terlibat dan memeriksa kawasan kejadian,” kata Raja Mohamed, sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai insiden terpencil.
Menurut beliau lagi, tembakan yang dilepaskan juga dipercayai dari jenis senapang patah buatan sendiri berpandukan kesan peluru penabur.
Katanya lagi, pihak tentera darat akan mengambil tindakan lanjut hasil dari kesemua siasatan tersebut terutama dalam aspek kawalan keselamatan ke atas perbatasan serta keselamatan nyawa anggota-anggota yang sedang bertugas.
Sementara itu, Lans Koperal Mohd Azamrudin Azizan, 26, yang mengalami kecederaan akibat tembakan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau telah dibawa ke Hospital Kangar, Perlis untuk rawatan lanjut selepas kejadian, dan telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru penabur di tubuhnya.
Pihak tentera darat juga mengesahkan kejadian tembakan tersebut yang melibatkan salah satu pasukan tentera darat yang ditugaskan mengawal sempadan Malaysia-Thailand dalam Ops Wawasan Kedah/Perlis pada awal pagi 10 Ogos di kawasan Bukit Kayu Hitam.
Azamrudin merupakan anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja ke-2 yang berpangkalan di Sungai Ara, Pulau Pinang.
Haider Yutim
Mon Aug 12 2013
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.