Universiti Malaya (UM) mendapati tujuh daripada lapan pelajarnya yang terlibat di dalam penganjuran pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" Oktober lalu, bersalah, dan telah memberi amaran keras serta mengenakan hukuman menggantung pengajian dan denda ke atas mereka.
Antara pelajar yang digantung pengajian selama dua semester termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol dan Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin.
Fahmi turut dikenakan denda RM600.00 bagi empat pertuduhan keatasnya dan Safwan pula telah dikenakan denda RM300 bagi dua pertuduhan.
Fahmi sebelum itu dikenakan sembilan pertuduhan termasuk menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.
Sementara itu Exco Hal Ehwal Antarabangsa dan Korporat PMUM, Adam Fistival Wilfrid, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Khairol Najib Hashim, Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Haw Yu Hong dan Setiausaha Agung PMUM Syamimi Munirah telah dikenakan denda sebanyak RM150.
Exco Kebajikan PMUM Khairul Anwar pula telah diberi amaran keras walaupun didapati bersalah ke atas satu daripada dua pertuduhan keatasnya.
Hanya Exco Perhubungan Awam PMUM, Abraham Au bagaimanapun didapati tidak bersalah keatas kedua-dua pertuduhan keatasnya.
UM, di dalam satu kenyataan rasmi, menyatakan bahawa keputusan terhadap pelajar-pelajar itu adalah menurut pertuduhan mengikut Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.
Pegawai Perhubungan Korporat UM, Mohd Julian Borhanudin berkata prosiding tatatertib yang berlangsung semalam dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang tediri daripada tiga orang ahli akademik kanan Universiti.
“Keputusan perbicaraan adalah berkuatkuasa serta merta, walau bagaimanapun rayuan boleh dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan,” katanya.
Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi bertindak merempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) di sini untuk menghadiri acara pidato itu, bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
T K Letchumy Tamboo
Wed Dec 10 2014

UM telah mendapati tujuh daripada lapan pelajar yang yang terlibat di dalam penganjuran pidato "40 Tahun : Dari UM ke Penjara", bersalah. dan telah mengenakan denda. - Gambar Fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.