awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Tatatertib UM mulakan prosiding terhadap lapan pelajar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
07/11/2014
04:56 MYT
Lembaga Tatatertib UM mulakan prosiding terhadap lapan pelajar
Lapan mahasiswa UM yang terlibat dalam pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" berdepan prosiding Lembaga Tatatertib universiti. -Gambar fail
Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol merupakan orang pertama yang dipanggil masuk menghadap Lembaga Tatatertib universiti hari ini susulan tindakannya menganjurkan pidato "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" bulan lepas.
Tujuh lagi mahasiswa UM yang turut terlibat di dalam pidato tersebut bakal berdepan prosiding perbicaraan sama hari ini.
Mereka ialah Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin; President Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Khairol Najib Hashim; Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Haw Yu Hong; Exco Hal Ehwal Antarabangsa dan Korporat PMUM, Adam Fistival Wilfrid; Exco Perhubungan Awam PMUM, Abraham Au; Setiausaha Agung PMUM, Syamimi Munirah; dan Exco Kebajikan PMUM, Khairul Anwar.
Kelapan-lapan mahasiswa itu berdepan pelbagai dakwaan termasuk menganjurkan perhimpunan haram, menghadiri perhimpunan haram dan mengingkari arahan universiti.
Prosiding perbicaraan itu akan berlangsung selama 9 jam dan dijangka tamat pada pukul 5 petang ini.
Sementara itu, lebih 50 mahasiswa dan mahasiswi UM telah berkumpul di gazebo Kompleks Perdanasiswa untuk menunjukkan soliditari kepada mereka.
Terdahulu, pelajar tersebut telah berarak dari hadapan UM ke Kompleks Perdanasiswa di mana prosiding sedang berlangsung.
Prosiding yang berjalan dengan tiga orang panel itu diketuai oleh Prof Dr Zanariah Abdullah.
Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh masuk pintu pagar Universiti Malaya (UM) bagi menghadiri acara pidato bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Kompleks Perdanasiswa
#mahasiswa
#UM
#universiti malaya
#Zanariah Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan