awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembah Klang beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat

Fareez Azman
Fareez Azman
08/09/2021
11:37 MYT
Lembah Klang beralih Fasa 2 PPN mulai Jumaat
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan kawasan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat (10 September) ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada hari Rabu pada (8 September 2021), bersetuju untuk membenarkan peralihan ke Fasa 2, bagi kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 10 September 2021," katanya.
Antara kelonggaran yang diberikan kepada individu lengkap dua dos vaksin iaitu rentas daerah, pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas negeri, ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka berusia di bawah 18 tahun.
Sumber Facebook ismailsabri60
Turut dibenarkan, aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap bagi individu yang lengkap dua dos vaksin. Sementara itu, jelas Ismail kerajaan turut bersetuju untuk melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi di Lembah Klang. "Antara ketetapan yang telah diputuskan ialah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin. Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin," katanya. Bagaimanapun tambahnya, penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu dan pematuhan SOP. Selain itu, sektor perdagangan dan pengedaran turut dibenarkan beroperasi pada 10 September ini. Ia melibatkan perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan. Dalam kenyataan sama, Ismail turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran tambahan bagi negeri dibawah Fasa 2 dan 3.
Ia melibatkan aktiviti kedai gunting, pendandan rambut dan salon kecantikan turut dibenarkan beroperasi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#fasa 2 ppn
#Putrajaya
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan